Privacy Policy

Pihak SINAR PERMATA SOLUTION (yang selepas ini dirujuk sebagai SPS) memandang serius akan perihal privasi pelanggan-pelanggan kami. SPS hanya mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi pelanggan seperti yang tertera di bawah.

Perlindungan data adalah suatu perkara yang amanah dan privasi anda adalah penting bagi kami. Oleh itu SPS akan hanya menggunakan nama anda dan maklumat lain yang berkaitan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. SPS hanya akan mengumpul maklumat anda jika ia berkaitan dengan urusan di antara kami dengan anda.

Walaubagaimana pun, anda boleh melayari laman web SPS tanpa perlu memberikan butir-butir peribadi. Semasa melayari web ini, anda kekal sebagai tidak dikenali (anonymous), web ini hanya boleh mengenal pasti anda setelah anda log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan atau membuka akaun.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau cadangan, sila hantar e-mel anda kepada kami di sales.sinarpermata@gmail.com.

Kenyataan Privasi kami mematuhi sepenuhnya Akta Privasi 1988 dan merupakan amalan industri terbaik.

Pengumpulan Maklumat Peribadi
Pihak SPS tidak akan menjual, berkongsi atau perdagangkan maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam talian dengan mana-mana pihak.

Maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam talian hanya akan didedahkan dalam kumpulan korporat kami dan anak-anak syarikat SINAR PERMATA SOLUTION untuk kegunaan dalaman sahaja.

Apabila anda membuat akaun di SINAR PERMATA Online Shop maklumat peribadi yang kami kumpulkan mungkin termasuk:

- Nama
- E-mel
- Nombor Telefon
- Nombor Fax
- Nama syarikat
- Alamat Surat-menyurat
- Alamat Penghantaran


Maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda akan digunakan dalam beberapa atau semua cara-cara berikut:

- Untuk menyampaikan produk yang anda telah dibeli dari SINAR PERMATA Online Shop
- Untuk memberikan kemaskini terbaru (update) pada penyampaian produk dan untuk tujuan sokongan pelanggan
- Untuk menyediakan maklumat produk yang berkaitan
- Untuk memproses pesanan anda dan untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan melalui laman web seperti yang anda kehendaki
- Di samping itu, kami juga akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk mentadbir akaun anda; pengesahan dan menjalankan transaksi kewangan berhubung kepada pembayaran anda secara dalam talian; memperbaiki susun atur dan / atau kandungan halaman laman web kami dan mengoptimumkan aplikasi untuk pengguna; mengenal pasti pelawat di laman web kami; menjalankan penyelidikan mengenai demografi pengguna kami; menghantar maklumat yang kami fikir mungkin didapati berguna pada anda atau seperti yang anda kehendaki, termasuk maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami.

Hanya maklumat nama dan alamat penghantaran yang kami akan serahkan kepada pihak ketiga untuk membuat penghantaran produk kepada anda (contoh untuk pihak kurier atau pembekal kami).

Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di laman web SPS, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar bahan-bahan pemasaran / promosi dari masa ke semasa. Jika ianya relevan, kami akan membenarkan anak-anak syarikat kami untuk menghantar bahan-bahan pemasaran yang relevan kepada anda. Anda boleh menyah-langgan maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi unsubscribe dalam bahan pemasaran elektronik.


Mengemaskini Maklumat Peribadi Anda
Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di laman web SINAR PERMATA Online Shop.

Keselamatan Maklumat Peribadi Anda
SPS memastikan bahawa semua maklumat yang dikumpul selamat disimpan. Pihak SPS akan menghapuskan maklumat yang dikumpul jika ia tidak diperlukan lagi.


Pendedahan Maklumat Peribadi
Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan mana-mana organisasi lain selain daripada syarikat-syarikat berkaitan. Dalam keadaan diluar jangkaan SPS mungkin diperlukan untuk mendedahkan maklumat peribadi, apabila terdapat alasan yang dipercayai bahawa pendedahan adalah perlu untuk mengelakkan ancaman kepada nyawa atau kesihatan, atau untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.

Walau bagaimanapun, kami mungkin menggunakan maklumat hubungan anda untuk menghantar newsletter daripada kami dan daripada syarikat-syarikat berkaitan kami.

Pengumpulan Data Komputer
Apabila anda melayari SINAR PERMATA Online Shop, Server kami secara automatik akan merekodkan maklumat pelayar (web browser) anda dan menghantar maklumat secara terus. Data ini mungkin termasuk:
- Alamat IP komputer anda
- Jenis Pelayar
- Webpage anda melawat sebelum anda datang ke laman web kami
- Laman web yang anda lawati
- Masa yang dihabiskan pada halaman web, barangan dan maklumat pencarian di laman web kami, tarikh, dan statistik lain.

Maklumat ini dikumpulkan untuk analisis dan penilaian untuk membantu kami memperbaiki laman web kami dan produk serta perkhidmatan yang kami sediakan. Data ini tidak akan digunakan dengan apa-apa maklumat peribadi yang lain.

Perubahan Dasar Privasi
SPS berhak untuk mengubah dan menukar Kenyataan Privasi pada bila-bila masa. Sebarang perubahan kepada dasar ini akan diterbitkan di laman web kami.