Terma & Syarat

Sila luangkan sedikit masa membaca maklumat dibawah bagi memudahkan proses urusniaga di antara kami dan pembeli. Berikut adalah Terma & Syarat Sinar Permata Online Shop ini:


Online Shop ini dikendalikan oleh:
SINAR PERMATA KOTA BHARU
PT 774, BANDAR BARU TUNJUNG, BLOK O, JALAN KG TUNJUNG, 16010 KOTA BHARU, KELANTAN.
Semua pembelian melalui dalam talian tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Semua urusan pembelian melalui online akan dipos menggunakan khidmat kurier sahaja, tiada servis "cash-on-delivery" (buat masa ini). Untuk mendapatkan produk secara terus, pelanggan boleh berkunjung ke cawangan SINAR PERMATA SOLUTION yang berhampiran (walk-in).

2. Anda dikehendaki membuat akaun bagi proses pembelian online. Akaun ini bertujuan merekod dan memudahkan proses pembelian anda.

3. Setiap jualan adalah muktamad, tiada sebarang pemulangan, pertukaran selepas jualan selesai. Oleh hal yang demikian, sila baca keterangan produk dengan teliti, jika anda kurang pasti produk mana yang bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi, boleh terus hubungi 019-2435888 untuk khidmat nasihat produk.

4. Pemprosesan Pesanan

Pesanan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja setelah bayaran diterima.
Bagi mengelakkan pesanan anda lambat diproses sila SMS/WHATSAPP butiran bayaran anda ke 016-444 4605.
Format SMS/WHATSAPP seperti berikut: ORDER ID, NAMA, BANK, MASA/TARIKH & JUMLAH.
(Sila semak emel atau log masuk ke akaun untuk mendapatkan ORDER ID.)

4.1 Kelewatan pemprosesan Pesanan
Pihak SINAR PERMATA SOLUTION akan sedaya upaya untuk memproses pesanan anda dengan cepat. Jika terjadi hal di luar jangkaan, yang tidak dapat dielakkan akan menyebabkan pesanan anda lewat diproses, seperti; tiada butiran bayaran diberikan, human/system-error, bencana alam dan sebagainya. Oleh hal yang demikian jika anda tidak mendapat maklumbalas mengenai pesanan anda dalam tempoh 3 hari bekerja setelah bayaran selesai, sila hubungi kami dengan segera.

5. Penghantaran Pesanan

5.1 Setiap pesanan akan dihantar melalui khidmat kurier Poslaju atau CityLink Express sahaja.
5.2 Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli kecuali dinyatakan sebaliknya.
5.3 Penghantaran hanya dibuat pada hari bekerja sahaja, Isnin - Jumaat.
5.4 Jangka sampai/dapat dalam 1-5 hari bekerja selepas pengeposan dibuat.
5.5 No. Tracking akan diberikan setelah pesanan anda dipos bagi menyemak status penghantaran.
5.6 Pihak SP tidak bertanggungjawab atas kelewatan penerimaan barang yang berpunca dari penyedia khidmat kurier. Jika dalam masa 7 hari anda masih tidak menerima pesanan anda, sila hubungi kami dengan segera.


6. Pemulangan
Pemulangan boleh dibuat jika perkara ini terjadi:

6.1 Order Error - Pihak SINAR PERMATA SOLUTION tersalah pos produk.
6.2 Product Error - Produk yang dipos tidak berfungsi/rosak.

Jika situasi ini berlaku, anda dikehendaki mengisi maklumat "Product Returns" bagi proses pengantian.
Anda dikehendaki (jika perlu) untuk memulangkan produk tersebut melalui khidmat Kurier Ekspress.
Pengantian produk yang baru akan dibuat setelah produk yang dipulangkan telah diterima oleh kami.

Pihak SINAR PERMATA SOLUTION berhak meminda terma & syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Sebarang permindaan akan diterbitkan di dalam laman web ini.

Terima Kasih kerana meluangkan masa dengan SINAR PERMATA SOLUTION.
Kemaskini terakhir: 18/10/2016.


Sebarang pertanyaan, komen atau cadangan, sila hubungi kami. Klik sini.